Selasa, 21 Mei 2019

Terbaru 2020 - 8 Aplikasi Edit Foto Yang Korang Boleh Try, Confirm Gambar Cantik

Technology News



Dah jadi macam satu kewajipan bagi setiap individu untuk memastikan semua gambar yang diupload di media sosial mesti kena nampak cantik dan flawless.
Sampaikan ada yang nampak perbezaan ketara dengan rupa original. Hiks! Tapi tak apa la sebab tu semua hak korang kan?
Terserahlah nak nampak lebih kurus ke, putih atau muka flawless, dalam teknologi zaman sekarang ni semuanya tidak lagi mustahil.
Macam mana nak cantik? Guna saja aplikasi yang ada di handphone korang. Tak tahu nak guna yang mana? Berikut kami senaraikan antara aplikasi mudah untuk edit gambar.

1. PS Express

Adobe Photoshop Express adalah antara salah satu aplikasi terbaik untuk mengedit foto. Aplikais ini mempunyai feature utama seperti crop, straighten, rotate dan flip. PS Express memiliki sentuhan filter pelbagai effect, warna, auto fix dan susunan frame.

2. VSCO

Aplikasi ini sering digunakan oleh pencinta fotografi untuk mengekspreskan seni dalam gambar. Ada banyak filter yang disediakan untuk mengubah tone warna foto supaya nampak lebih real. Selain itu, ada beberapa tools digunakan untuk meningkatkan exposurehighlight dan shadow untuk menaikkan warna dan memberikan kesan klasik.

3. PicsArt Photo Editor

Salah satu aplikasi yang menjadi pilihan remaja kerana PicsArt mempunyai banyak feature yang dapat digunakan untuk mengedit foto dengan baik. Aplikasi ini juga dilengkapi dengan feature kamera built in dan photo sharing untuk mengupload gambar yang telah diedit di media sosial.

4. Pixlr

Aplikasi ini memiliki semua tools basic photo editing serta mempunyai feature kombinasi effectoverlays dan filtersecara percuma. Ia juga boleh digunakan secara foto kolaj dengan berbagai pilihan layout dan background.

5. Airbrush

Menyediakan alat retouch yang mudah digunakan dengan pelbagai pilihan filteruntuk memberi kesan hasil edit yang baik. Aplikasi ini juga dilengkapi dengan tools editing seperti penghilang jerawat, memutihkan gigi, mencerahkan mata, melangsingkan tubuh dan feature retouch yang artistik.

6. Snapseed

Aplikasi ini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk mengawal seberapa banyak foto itu hendak diedit. Snapseed hadir dengan pelbagai jenis filter, termasuk 28 jenis tools yang berbeza. Setelah selesai editing, pengguna dapat mengeksport hasil foto yang telah diedit dengan mudah untuk disimpan.

7. Photo Lab

Memiliki lebih daripada 800 effect yang boleh mencantikkan foto-foto korang. Antara effect yang disediakan adalah, realistic photomontages, stylish photo filters, beautiful frames, creative artistic effects, collages for multiple photos dan banyak lagi.

8. PhotoDirector

Aplikasi edit foto yang multi fungsi dan user-friendly kerana penggunaannya memudahkan untuk menyesuaikan warna dan tone pada gambar. PhotoDirector memiliki kamera built in, jadi pengguna boleh terus menggunakan filter semasa mengambil gambar.
Wah, lepas ni makin cantik la gambar-gambar

 sis nanti. Hiks!

0 komentar:

Posting Komentar